Ade orang macam pelangi
dia datang dalam hidup kita sekejap cuma
tapi kita akan kenang dia dalam memori
sebab keindahan yang telah dia beri
Ada orang macam ribut taufan
datangnya pun mungkin hanya seketika
tapi sebab kemusnahan yang dia berikan
kita tidak mungkin lupakan dia
Ada orang macam matahari
sepanjang hayatnya sentiasa menyinari
namun kita mengeluh kerana teriknya ia
tapi bila hujan datang, barulah kita rindukannya
Ada orang macam bulan
menemani malam kita yang suram
waalu jauh di atas sana, tidak mampu digapai
tapi kita tahu yang dia ada
Ada orang macam hujan
dia buat kita basah dan kesejukan
tapi hadirnya dia
bawak rahmat dari tuhan
Ada orang macam awan
melindungi kita dari kepanasan
tapi datangnya dari silih berganti
sebab angin akan datang dan bawa dia pergi
Ada orang macam guruh dan petir
dengar suaranya cukup menakutkan
tapi tanpa sedar dia mengajar kita
untuk berani menempuh cabaran
Tak kiralah siapa pun yang kita jumpa
pelangi, ribut taufan, hujan atau awan
berterima kasihlah kepada mereka
kerana mengajar kita erti kehidupan..
*Thank's to someone kerana pernah menjadi pelangi dan ribut taufan dalam hidup saya
persahabata....
ReplyDeletepercintaan...
pengkhianatan....
itu semua yg mengajar erti sebuah kehidupan....
kadangkala pahit tapi terpaksa telan untuk mendapat kenikmatan